Aktiviti kokurikulum Kolej_Islam_Sultan_Alam_Shah

KISAS cukup dikenali dengan kebitaraannya iaitu pengucapan awam, nasyid dan gamelan. KISAS juga sangat mementingkan kemahiran pelajar dalam berorganisasi. Hari Rabu diperuntukkan untuk aktiviti kokurikulum untuk pelajar-pelajar KISAS. Sebuah perhimpunan kokurikulum serta perjumpaan unit-unit beruniform, kelab dan persatuan serta kelab-kelab sukan dan permainan diadakan pada setiap hari rabu setiap minggu. Pelajar-pelajar KISAS diwajibkan untuk terlibat dalam aktiviti kokurikulum. Aktiviti kokurikulum yang disertai mereka dipilih oleh pelajar itu sendiri semasa minggu orientasi.

Unit Beruniform

  • Kadet Remaja Sekolah (KRS)
  • Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM)
  • Persatuan Puteri Islam Malaysia (PPIM)
  • Pengakap
  • Kadet Polis
  • Kadet Bomba
  • Taekwondo
  • Silat
  • Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM)

Kelab dan persatuan

  • Persatuan Bahasa dan Kebudayaan Melayu (PERSADA)
  • English Language Society (ELS)
  • Persatuan Bahasa Arab
  • Persatuan Matematik
  • Persatuan Sains
  • Persatuan Sejarah
  • Kelab Kerjaya & PROSTAR
  • Kelab UNESCO
  • Kelab Skim Pinjaman Buku Teks (Kelab SPBT)
  • Kelab Usahawan Muda (KUM)
  • Kelab Pencegah Jenayah
  • Kelab Rukun Negara
  • Kelab Pengguna
  • Kelab Kesenian & Kebudayaan
  • Kelab Kemahiran Al-Quran (KKQ)
  • Pemimpin Muda Sukan (PMS)

Perwakilan kolej

  • Soutul Mujahideen - Kumpulan Nasyid KISAS
  • The Pearl of Waqafan - Kumpulan Drama KISAS
  • Gema Gamelan Waqafan (GEMAWAN) - Kumpulan Gamelan KISAS
  • Anak Dikir Waqafan (ANDIQA) - Kumpulan Dikir Barat KISAS
  • Komuniti Debat KISAS - Kumpulan Debat KISAS
  • Pasukan Research & Development

Pakaian seragam

Sukan dan permainan

  • Bola sepak
  • Bola baling
  • Ragbi
  • Tenis
  • Badminton
  • Ragbi

Pasukan ragbi Kolej Islam Sultan Alam Shah digelar KISAS Saracens, mengambil nama bersempena gelaran Saracen yang diberikan pihak Barat kepada tentera Salahuddin al-Ayyubi. Saracens F.C. juga merupakan nama sebuah pasukan ragbi profesional dalam Liga Perdana Inggeris. Pada tahun 2015, KISAS telah menjadi tuan rumah untuk kejohanan ragbi SBP'10, sebuah kejohanan ragbi tahunan antara sekolah berasrama penuh di Malaysia.

  • Hoki

Hampir setiap tahun, terdapat pelajar KISAS yang berjaya menempatkan diri dalam pasukan hoki negeri Selangor yang bertanding dalam kejohanan hoki Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia. KISAS turut menganjurkan kejohanan KISAS Indoor Hockey (KIH) hampir setiap tahun melibatkan banyak pasukan hoki dari sekolah-sekolah berasrama penuh dan sekolah-sekolah sekitar Selangor.

  • Kriket
  • Bola tampar
  • Bola keranjang
  • Bola jaring
  • Sepak takraw
  • Memanah
  • Catur dan Permainan Dalaman
  • Ping pong

Badan Khas

  • Badan Dakwah dan Rohani (BADAR)
  • Lembaga Ketua Pelajar (LKP)
  • Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
  • Majlis Perwakilan Pra-Universiti (MPPU)
  • Perbadanan Pustakawan KISAS (PerKISAS)
  • KISAS Media Team (KMT) (dahulu - Multimedia Unit (MMU)
  • Sidang Redaksi Majalah (RESTU)
  • Kelab Sains Komputer (KSK)
  • Komiti Makanan Putera / Puteri (KOMETRA / KOMETRI)
  • Majlis Ketua Tingkatan (MKT)
  • Ahli Jawatankuasa Koperasi (Koperasi)